Pernah dengar pasal Misi Rakyat? Founder Misi Rakyat ialah Nur Ahmad Faiz bin Mohd Azmi.
App Misi. |
Di antara perkhidmatan dalam app Misi adalah untuk bisnes dan runner.
Bisnes
Pendaftaran sebagai peniaga di app Misi adalah percuma.
Boleh daftar dengan menggunakan app Misi.
Menurut pihak Misi, peniaga yang menggunakan perkhidmatan Misi dapat untung 100% daripada jualan. Takde potong komisen macam Foodpanda, Grabfood dan yang seangkatan dengannya.
Maknanya harga di kedai dan di app Misi adalah sama. Kalau vendor Foodpanda, harga di app Foodpanda lebih tinggi dari harga di kedai.
Tiada COD (Cash on Delivery) bagi mengelak peniaga kena joy atau prank. Pembayaran secara online je.
Payout untuk peniaga boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja.
Anda boleh gunakan satu akaun untuk buka lebih dari satu cawangan perniagaan.
Contohnya anda ada 10 restoran. Guna 1 akaun je untuk masukkan 10 alamat restoran dalam Misi.
OK, jom tengok cara-cara nak setting sebagai peniaga di Misi.
Cara setting alamat :
Cara set menu offline :
Cara set staff untuk uruskan order :
Cara set masa operasi peniaga :
Runner / Rider
Menurut pihak Misi, rider sedia ada seperti Foodpanda, Grabfood, Lalamove dan lain-lain boleh daftar sebagai runner Misi.
Pihak Misi ada jual pakaian dan bag khas untuk runner Misi. Kalau tak nak beli pun masih boleh daftar sebagai runner Misi. Senang kan?
Sebagai contoh rider Grabfood pakai baju dan bag Grabfood boleh buat penghantaran untuk Misi.
Berapa upah untuk runner Misi?
Food & Runcit Delivery 100% Profit Service Runner 90% Profit
Motor
RM4.99 untuk 5km pertama
Seterusnya 90 sen setiap 1km
Kereta
RM8 untuk 5km pertama
Seterusnya RM1.60 setiap 1km
Food and Runcit Delivery tu maknanya penghantaran untuk peniaga-peniaga makanan dan runcit dalam app Misi. Macam delivery service Foodpanda jugalah cuma pihak Misi bagi 100% profit untuk runner Misi.
Service Runner pula macam Lalamove. Pihak Misi ambil 10% profit.
Servis Runner Misi. |
Contohnya ada pengguna app Misi request hantar barang yang jarak perjalanannya 10 km guna motor.
RM4.99 untuk 5 km pertama + (RM0.90 × 5 untuk 5 km seterusnya)
= RM4.99 + RM4.50
= RM9.49
Pihak Misi ambil 10% profit dari RM9.49 iaitu RM0.949 atau dibulatkan jadi RM0.95. Runner Misi dapat selebihnya.
Pembayaran dari pihak pelanggan pula hanya menggunakan e-Wallet atau online bank sahaja. Takde COD sebab nak elak runner Misi kena joy atau prank.
Payout untuk runner dalam masa 24 jam selepas habis buat penghantaran kecuali Sabtu dan Ahad sebab bank offline.
Alternatif hebat kepada Foodpanda dan Grabfood di Malaysia?
100K+ downloads. |
Buat masa ni app Misi telah didownload sebanyak 100,000 lebih.
Dari segi keuntungan untuk peniaga memang kalah Foodpanda dengan Grabfood. Foodpanda dan Grabfood ambil komisen 35% tak termasuk caj-caj lain.
Peniaga di Misi tak dikenakan potongan komisen buat masa ini.
Dari segi popularity memanglah Misi kalah sebab baru lagi. Kita tunggu lagi setahun atau dua tahun..
Mana tahu Misi makin dikenali dan menjadi pilihan orang ramai di Malaysia?
Contohnya penggemar burger tak perlu bayar harga burger lebih 35% melalui app Misi. Lebih jimat untuk peniaga.
Kos penghantaran memanglah terpaksa ditanggung oleh pelanggan tapi sekurang-kurangnya harga makanan/minuman di Misi sama dengan di kedai.
Selain itu, pelanggan Misi juga dikenakan 6% SST dan 2% extra charge. Menurut pihak Misi 2% tu untuk diagihkan semula kepada admin dan lain-lain.
Menurut Ahmad Faiz bin Mohd Azmi sebagai founder Misi, ada beberapa pihak tertentu yang nak jadi funder untuk app Misi. Buat masa ini dia tolak sebab nak pastikan Misi Rakyat bebas dari pengaruh politik.
Sejujurnya saya memang suka perniagaan yang bebas dari pengaruh politik. Orang nak berniaga bukannya nak berpolitik.
Kepada peniaga-peniaga yang sudah berdaftar dengan Misi, sila kongsi pengalaman dan pengetahuan anda melalui komen. Adakah tiada caj langsung dari pihak Misi?
Rider atau runner yang sudah berdaftar dengan Misi pula macam mana? Sila kongsi pengalaman dan pengetahuan anda melalui komen.
Kalau ada info yang salah dalam content saya ni, sila beritahu melalui komen nanti saya boleh betulkan.
Wallahua'lam.
Sumber
6% SST dan 2% extra charge dibayar oleh pelanggan Misi
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.