Sunday, February 19, 2023

Lato-lato buat saya teringat fidget spinner

Semenjak dua menjak ni saya perhatikan banyak orang jual lato-lato. Biasalah tengah viral kan?

Nak jual lato-lato?

Tiba-tiba saya teringat masa fidget spinner jadi viral beberapa tahun lepas.

Fidget spinner pun pernah viral dan mendapat permintaan yang tinggi dari budak-budak.

Sekarang?

Apa dah jadi dengan fidget spinner?

Lato-lato pula jadi viral.

Kelebihan berniaga produk viral ni ialah boleh dapat banyak untung masa tengah viral.

Jangan tunggu lama-lama. Peniaga-peniaga produk viral kena lebih agresif buat promosi.

Kenapa?

Sebab produk viral ni sampai masa jadi sejarah je. Tak ramai yang mencari bila dah habis musim.

Sebelum lato-lato dilupakan, ada baiknya peniaga lato-lato cuba cari produk-produk lain sebagai back up.

Ada tak mainan yang tak viral tapi masih ada permintaan?

Contohnya mainan kereta, motor, bas, lori, kapal terbang dan seumpamanya.

Mainan dalam bentuk 'board' pun OK juga.

Contohnya Monopoly, Sahibba, dam haji dan lain-lain.

Kalau ada idea mainan yang lebih baik, sila laksanakan. Semoga beroleh keuntungan.

Mungkin ada pengganti lato-lato yang viral pada masa akan datang. Sementara nak tunggu tu, jual je stok lato-lato yang masih ada. Sambil-sambil tu jual mainan yang lain juga walaupun tak viral.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.