Friday, March 24, 2023

Dugaan di bulan Ramadhan?

Sebagai orang beriman, kita dah tahu Ramadhan adalah bulan yang paling hebat. Dalam bulan Ramadhan ada malam lailatulqadar iaitu 1 malam yang bersamaan 1000 bulam.

Ucapan untuk semua orang beriman.

Sebagai peniaga bazar Ramadhan?


Di antara dugaan peniaga bazar ialah hujan lebat disertai angin kencang. Habis segala payung, canopy, meja terbalik..

Kena banyak bersabar sebab bukan kita dapat kawal cuaca. Jangan merungut dan teruskan berniaga pada hari berikutnya.

Ada masa cuaca cerah tapi hasil jualan pula tak laku.

Cuba check semula kualiti, kuantiti dan harga makanan atau minuman yang nak dijual. Mungkin perlukan sedikit perubahan. Mungkin perlu tukar menu atau tambah menu untuk tarik perhatian pelanggan.

Ada segelintir pelanggan pula tangan dia gatal nak pegang direct kuih-muih, lauk dan segala makanan di bazar. Bukan takde penyepit tapi memang ada kategori manusia yang tangannya sibuk nak picit-picit atau pegang-pegang makanan.

Mungkin boleh tutup makanan awal-awal guna plastik lutsinar. Agak leceh sebenarnya tapi apa boleh buat selagi golongan pelanggan nak pegang makanan secara direct masih wujud..

Walau apa pun dugaan yang datang, anda kena sabar. Di sebalik kesusahan pasti ada kebaikannya.

Saya tahu ada juga pelanggan yang kena scam oleh peniaga bazar Ramadhan.

Di antaranya kuih inti angin. Dari beberapa tahun lepas pun dah biasa sangat saya perhatikan ada orang share di media sosial pasal kuih isi oksigen.

Ada juga yang viralkan peniaga jual makanan dah basi, berulat dan sebagainya. Harga mahal tapi kualiti hampeh.

Bersabarlah wahai pelanggan bazar Ramadhan sebab bukan semua peniaga macam tu. Ada juga peniaga yang jujur jual makanan dan minuman yang berkualiti pada harga yang berpatutan.

Banyak-banyakkan bersabar terutama di bulan Ramadhan. Dalam bulan yang mulia ni kita tak nak gaduh-gaduh atau bermusuhan. Bukankah syaitan dibelenggu di bulan Ramadhan?

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.