Peniaga-peniaga di bazar yang dapat banyak pelanggan tu memanglah seronok. Masalahnya peniaga-peniaga di bazar yang rugi ni macam mana pulak?
Tips peniaga bazar lariskan jualan. |
Saya kesian bila ada peniaga yang terpaksa berhenti meniaga di bazar sebab hasil jualannya tak laku.
Nak berniaga di bazar bukannya percuma.
Susah payah anda sediakan juadah berbuka yang sedap lagi berkualiti tapi tak ramai yang beli. Penat tapi kena sabar.
Tips yang saya kongsikan ini khas untuk peniaga bazar yang bukan setakat jual makanan/minuman halal je tapi sedap dan bersih.
Kalau makanan/minuman yang anda jual tu tak sedap, anda kena buat sampai jadi sedaplah sebelum gunakan tips-tips yang saya nak kongsikan ini.
Kenapa kena jual yang sedap-sedap je?
Kalau tak sedap, orang beli sekali je lepas tu tak nak beli lagi sampai bila-bila. Lebih teruk kalau orang beli juga walaupun tak sedap untuk buat content memburuk-burukkan anda di media sosial.
Jangan pandang rendah pengaruh media sosial.
Apa yang buat tak sedap?
Contohnya popia sayur tapi inti 2 helai tauge je.
Kedekut letak inti tu yang buat tak sedap.
Itu belum lagi masalah peniaga tak pandai masak tapi nak meniaga makanan juga. Akibatnya orang yang beli rasa kecewa.
Saya percaya anda yang nak tahu tips ni memang tahu cara menyediakan makanan/minuman berkualiti tapi hasil jualan di bazar masih tak laku.
3 Tips untuk peniaga bazar yang hasil jualannya tak laku :
Cuba kurangkan harga dengan mengurangkan saiz atau jumlah makanan/minuman yang dijual.
Kalau tak nak kurangkan harga, tambah kuantiti makanan / minuman.
Saya perhatikan ada peniaga bazar kurangkan harga bila dah pukul 6.30 petang. Saya setuju dengan cara ni sebab lebih ramai orang beli bermakna lebih ramai orang rasa kesedapan makanan/minuman yang anda jual.
Fikirkan untuk jangka masa panjang. Mana tahu dalam banyak-banyak pelanggan yang beli murah tu nanti nak beli lagi dari anda lepas habis puasa?
2. Tambah menu
Boleh jadi orang ramai tak berminat dengan makanan/minuman yang anda jual.
Contohnya anda jual nasi lemak berlauk tapi tak laku.
Cuba tambah jenis makanan lain seperti kuey teow goreng, mee goreng, nasi goreng atau sedikit kuih-muih untuk tarik perhatian orang ramai di bazar. Boleh cari sendiri resepi makanan sedap di internet atau cuba tengok dulu di sini.
Begitu juga dengan peniaga air. Tambah lagi satu atau dua jenis air atau tambah kuih sejuk, puding dan seumpamanya untuk meriahkan meja anda.
Pastikan meja kukuh OK?
3. Tukar menu
Kalau ada menu yang anda jual tu merugikan terpaksalah anda tukar ke menu yang menguntungkan.
Contohnya cekodok yang anda jual tak laku jadi tukarlah kepada cucur udang.
Walaupun cekodok yang anda jual tu digemari oleh semua ahli keluarga anda tapi belum tentu orang lain suka. Buang ego anda dan tukarlah menu untuk dapatkan untung lebih.
Lagi pun cucur udang ni ada permintaan yang agak tinggi di bazar.
Cucur udang tu sebagai contoh je. Anda boleh fikirkan menu-menu lain seperti samosa, donat susu dan lain-lain.
Kalau ketiga-tiga tips tu tak jalan juga?
Tukar lokasi. Mungkin lokasi bazar anda kurang strategik.
Berniaga di rumah pun OK juga. Sama ada pelanggan datang ke rumah anda atau anda buat COD (Cash on Delivery). Selain itu anda boleh gunakan cara ini.
Semoga bermanfaat!
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.