Pernah dengar tak kata-kata orang macam ni,
"Bukan semua orang boleh berniaga".
Cukup negatif kan bunyi dia?
OK jadi betul ke bukan semua orang boleh berniaga?
Perkara yang paling utama ialah fikiran anda.
Anda fikir anda boleh berniaga?
Anda fikir anda tak boleh berniaga?
Kalau anda rasa anda boleh berniaga, kata-kata negatif tak jadi masalah besar bagi anda.
Perkara-perkara negatif pasti berlaku walaupun anda tak minta.
Seseorang tu menjadi lebih kuat selepas diuji. Makin dahsyat ujiannya makin hebat mental dan fizikal seseorang tu.
Tak sama orang yang dah biasa rasa susah berbanding orang yang tak pernah rasa susah Orang yang tak pernah rasa susah biasanya mental dia lemah. Terkena ujian sikit terus luahkan di media sosial seolah-olah dia yang paling susah dalam dunia.
Orang yang mentalnya kuat bila berdepan masalah, dia akan cuba selesaikan tanpa kecoh di media sosial.
OK kita balik semula ke topik asal.
"Bukan semua orang boleh berniaga."
Kita tukar sikit statement tu.
"Bukan semua orang boleh kerja makan gaji."
Bila ada dua statement macam tu barulah adil.
Bukan semua orang boleh berniaga dan bukan semua orang boleh kerja makan gaji.
Orang kerja makan gaji mental kena kuat tapi orang berniaga mental kena lebih kuat.
Kerja makan gaji tak salah dan berniaga pun tak salah. Dua-dua pun nak cari rezeki halal kan?
Semuanya berbalik kepada fikiran anda.
Anda fikir lebih baik kerja makan gaji sebab lebih senang?
Terpulang kalau anda fikir macam tu.
Anda fikir lebih baik berniaga walaupun susah sebab lebih berbaloi?
Berniaga memang susah pada permulaannya tapi memang berbaloi. Ingat, bukan semua strategi pemasaran/perniagaan yang ada di internet ni sesuai untuk anda.
Pilih dan gunakan cara yang baik untuk bisnes anda sahaja. Kalau jual burger, buat burger rasa sedap dan bungkus elok-elok.
Kalau jual nasi lemak, pastikan sambal betul-betul sedap.
Orang berniaga ni mental kena betul-betul kuat. Tak salah nak jadi kaya-raya melalui perniagaan.
Kalau nak jadi kaya-raya melalui scam, mencuri, merompak dan cara-cara lain yang salah tu barulah salah. Haram!
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.