Pernah tak anda baca komen netizen yang nak beli kuih merungut contohnya seperti ini :
"Kenapa kena beli kuih jenis yang sama sampai RM5 sekotak?"
"Aku nak makan kuih sebiji atau dua biji je."
"Nak makan 2 biji kuih je tapi terpaksa beli sekotak yang ada 5 biji kuih."
Nak buat macam mana? |
Mudah je sebenarnya..
Kalau target customer anda yang nak beli kuih sikit-sikit atau campur-campur, anda jual je kuih sebiji 50 sen atau 60 sen. Kena tengok saiz kuihlah.
Awal-awal letak tanda harga sebiji kuih 50 sen sebagai contoh. Maknanya pelanggan bebas nak beli kuih berlainan jenis 4 biji.
Kalau anda guna cara ini, insha Allah lebih ramai orang tertarik nak beli kuih-muih dari anda.
Pelanggan happy anda pun happy.
Kalau anda risau ada masalah tak cukup baki duit syiling, jual je sebiji RM1. Ini pun nak kena tengok saiz kuih juga.
Cubalah anda jual kuih sebiji-sebiji di pasar atau bazar Ramadhan nanti.
Cara ni khas untuk peniaga kuih. Kalau peniaga makanan berat tak jadi masalah contohnya nak jual nasi ambang RM10. Orang pun faham makanan berat memang macam itulah cara jualnya.
Mungkin masih ada peniaga yang tetap nak jual kuih sekotak RM4 atau RM5. Tak salah pun nak jual kuih macam tu sebab tetap ada juga orang yang singgah nak beli.
Mana satu lebih baik?
Jual kuih sebiji-sebiji atau kuih sekotak?
Anda boleh jual kuih yang dah siap bungkus dalam kotak dan kuih-muih yang dijual sebiji-sebiji. Cuba anda buat dan tengok mana satu yang lebih ramai orang beli.
Kuih sekotak atau kuih sebiji-sebiji?
Apa pendapat anda sebagai peniaga kuih-muih?
Apa pula pendapat anda sebagai pelanggan kuih-muih?
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.