Wednesday, February 7, 2024

Cabaran Berniaga Tahun 2024?

Apa yang buat anda rasa susah nak berniaga di tahun 2024?

Susah berniaga tahun ni?

Saya percaya di antara sebab-sebabnya ialah..

Harga barang makin mahal.

Di antara yang dahsyat ialah harga beras. Dulu boleh dapat harga beras 10kg RM25 atau RM26 tapi sekarang RM40 ke atas. Kalau dapat bawah RM40 dah kira murah.

Harga beras 10kg RM30 ke atas tu dah kira mahal sebenarnya tapi lama-kelamaan orang ramai akan terbiasa.

Bila harga beras mahal, peniaga makanan seperti nasi lemak, nasi ambang, nasi berlauk dan pelbagai jenis nasi terpaksa naikkan harga.

Itu baru masalah beras mahal. Belum lagi harga barang-barang yang lain.

Tarif bil air dan bil elektrik pun naik tahun 2024 ni.

Agak dahsyat kos sara hidup sekarang ni.

Walaupun susah tapi hidup terpaksa diteruskan.

Orang berniaga terpaksa hadap masalah modal berniaga semakin tinggi. Sampai ada yang putus asa nak teruskan berniaga dan terpaksa cari kerja makan gaji.

Orang kerja makan gaji pun terpaksa hadap masalah harga barang keperluan yang semakin mahal. Sampai ada yang terpaksa ambil 2 atau 3 kerja part time.

Saya kagum dengan golongan peniaga atau bukan peniaga yang masih gigih berusaha keras untuk tambah pendapatan.

Apa boleh buat?

Terpaksalah tabah hadapi dugaan harga barang mahal.

Work hard itu bagus.

Work smart lebih bagus 

Work smart and work hard tu paling bagus.

Wallahua'lam.


No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.