Saturday, December 7, 2024

Adakah Mydin tidak support usaha Khairul Aming bantu mangsa banjir?

Baru-baru ni viral pasal Daruk Ameer Ali bin Mydin keluar kenyataan berkenaan Khairul Aming bantu mangsa banjir di Kelantan. Apa kata beliau? 

Apa kata Datuk Ameer Ali bin Mydin?

Sebelum buat kesimpulan sendiri, sila baca content ini sehingga habis.

Kisahnya bermula masa Datuk Ameer Ali bin Mydin tengok video Live Khairul Aming.

Masa tu Khairul Aming menghadapi masalah nak bayar perbelanjaan di Aeon Mall Kota Bharu, Kelantan.

Jumlah perbelanjaan pakaian yang dibeli oleh Khairul Aming ialah RM19,330. Bila Khairul Aming nak bayar guna debit card, tak diterima pula sebab melebihi had yang debit card.

Sebab itulah Datuk Ameer Ali bagi pendapat kalau Khairul Aming nak dapatkan barang-barang untuk bantu mangsa banjir, datang je ke Mydin Tunjong atau Mydin Kubang Kerian.

Boleh ambil barang dulu dan bayar kemudian.

Sila tengok video ini untuk dengar sendiri apa yang dikatakan oleh Datuk Ameer.


Dah tengok video tersebut sampai habis?

Kalau dah tengok sampai habis maknanya anda faham perkara yang nak disampaikan oleh Datuk Ameer.

Rupanya selama ni dah banyak NGO yang berurusan dengan pihak Mydin. Dorang ambil barang dulu bayar kemudian.

Menurut Datuk Ameer lebih senang buat macam tu supaya cepat dapat barang untuk diberikan kepada mangsa-mangsa banjir. Tak perlu berdepan dengan masalah debit card tak dapat digunakan sebab melebihi had.

Persoalannya..

Bila ada netizen suruh Mydin bagi percuma je kepada Khairul Aming untuk bantu mangsa-mangsa banjir.

Bagaimana pula dengan Aeon Mall Kota Bharu?

Bila tengok Khairul Aming tak dapat bayar guna debit card, ada tak pihak Aeon Mall terus bagi percuma je?

Kenapa kita perlu mempersoalkan orang lain kalau kita sendiri tak mampu nak buat?

Contoh..

Saya bagi satu contoh makcik berniaga nasi lemak tepi jalan. Tiba-tiba ada orang datang nak tempah 200 bungkus nasi lemak tapi nak bayar separuh harga je sebab nak bagi dekat mangsa banjir.

Tak rasa kesian ke dekat makcik tu?

Dengan harga barang sekarang punyalah mahal. Beras mahal, bawang mahal, cili kering mahal, ikan bilis mahal dan macam-macamlah mahal.

Suka-suka nak bayar separuh harga je.

Kalau tak mampu, tak perlu buat. Jangan susahkan orang lain dengan alasan nak bantu mangsa banjir atau infaq.

Buat ikut kemampuan.

Kalau tak mampu sangat tu sekurang-kurangnya boleh doakan yang baik-baik untuk mangsa banjir, orang miskin, orang gelandangan dan lain-lain.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.