Friday, January 31, 2025

JANGAN MERUNGUT BILA RUGI

Kenapa jangan merungut bila rugi?

Tak boleh ke?

Jangan menyerah kalah dalam perniagaan.

Kenapa nak merungut?

Saya faham semua orang yang berniaga tak nak rugi. Orang berniaga mesti nak untung.

Tak kiralah berniaga secara online atau offline. Lagi banyak dapat untung lagi seronok.

Akan tetapi seandainya masih dilanda kerugian, jangan merungut.

Kalau terlepas cakap sebab merungut, cepat-cepat istighfar. Cepat-cepat bertaubat.

Di sebalik kerugian tu pasti ada hikmah di sebaliknya.

Contohnya kalau anda berniaga tepi jalan tapi tak laku. Cuba buat sesuatu seperti tukar atau tambah menu, tukar lokasi, buat COD (Cash on Delivery) dan buat live di TikTok masa berniaga tepi jalan.

Itu sebagai contoh sahaja.

Kalau ada orang kata makanan/minuman yang anda jual tak sedap, perbaiki makanan/minuman yang anda jual tu. Jangan salahkan orang yang menegur.

Cuba cari kebaikan di sebalik kerugian atau kesusahan.

Kalau timbul rasa menyesal sebab berniaga tepi jalan, cepat-cepat fikir positif dan cari penyelesaian.

Jangan buang masa merungut tapi gunakan masa yang ada untuk cari peluang tambah keuntungan perniagaan.

Rugi bukan bermakna kehidupan anda sengsara buat selama-lamanya.

Kalau rezeki tu untuk anda, takde siapa pun yang dapat halang.

Kalau rezeki tu untuk orang lain, anda takkan dapat walau apa pun yang anda buat.

Masing-masing ada rezeki jadi jangan risau ya?

Saya nak kongsi sesuatu yang pada mulanya memang rugi tapi tetap ada kebaikan setelah itu.

Jom tengok video ni..

Video tersebut menunjukkan rakaman CCTV seorang lelaki pakai helmet curi smartphone milik seorang pakcik OKU yang bekerja di sebuah kedai runcit di Kampung Rhu Rendang, Marang, Terengganu.

Apa jadi selepas tu?

Jom tengok video ni pula..


Video tersebut menunjukkan Encik Din pemilik beberapa cawangan kedai phone 'Pewer Store' di Terengganu bagi smartphone baru untuk pakcik OKU tersebut.

Pencuri smartphone pakcik OKU pula telah berjaya ditangkap dan dikenakan penjara 10 bulan serta sebatan.

Ingat ye..

Sama ada anda rugi kecil atau rugi besar, jangan merungut.

Banyak-banyak bersabar.

Orang yang bersabar barulah boleh fikir positif. Kalau tak boleh sabar itu yang asyik rasa nak marah dan fikir negatif je.

Boleh jadi di sebalik kerugian itu ada pengganti yang lebih baik.

Kalau sekarang ni anda sedang rugi dalam perniagaan, ingatlah pasti ada kebaikan di sebaliknya.

Wallahua'lam.



No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.