Apakah anda semua sudah bersedia untuk menyambut bulan Ramadhan tahun 1446 Hijrah?
Baca Quran dan hayati maknanya sekali. |
Terus-terang saya katakan bersedia untuk sambut bulan Ramadhan lebih baik dari sambut sebarang jenis perayaan.
Pahala beramal di bulan Ramadhan berlipat kali ganda lebih banyak berbanding bulan-bulan yang lain.
Rasulullah SAW bersabda,
“Seandainya manusia mengetahui keistimewaan Ramadhan nescaya mereka ingin supaya sepanjang tahun itu adalah Ramadan.”
Hadis Riwayat al-Thabrani, Ibnu Khuzaimah dan al-Baihaqi.
Betapa hebatnya bulan Ramadhan!
Sini tambah lagi satu maksud hadis berkenaan bulan Ramadhan.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda,
“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu.”
Hadis Riwayat al-Bukhari (38) dan Muslim (760).
Sebab itulah bulan Ramadhan dipanggil bulan keampunan.
Lailatul Qadar?
Lailatul Qadar ialah satu malam yang sama dengan 1000 bulan!
Firman Allah,
“Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.”
Surah al-Qadr ayat 1, 2 dan 3.
Malam Lailatul Qadar ni rahsia.
Masuk je bulan Ramadhan nanti rajin-rajinlah beramal ibadat di waktu sepertiga malam.
Bangun tengah malam tu solat Tahajud dan banyak-banyaklah beribadat seperti berselawat, berzikir dan baca Quran.
Kalau dah sampai 10 malam terakhir di bulan Ramadhan, tambah lagi amal ibadat. Mudah-mudahan dapat jumpa Lailatul Qadar.
Asyik cerita pasal ibadat je?
Tak boleh kerja atau berniaga?
Kerja atau berniaga tu teruskan juga tapi kena ingat, bulan Ramadhan ni adalah bulan yang penuh keberkatan sebab tu kena lebihkan beribadat terutama di waktu malam.
p/s : jangan lupa sedekah!
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.