Monday, February 3, 2025

10 idea makanan menarik untuk dijual di Bazar Ramadhan

Seandainya anda masih belum ada idea nak jual apa di Bazar Ramadhan tahun 1446 Hijrah (2025 Masihi), dalam topik kali ini saya ada kongsikan idea-idea makanan menarik untuk anda sendiri jual.

10 idea makanan laris di bazar.

Jom tengok dulu idea-idea ni sebelum buat keputusan.

1. Nasi Arab

Gambar Nasi Arab credit to TikTok : nasiarabpandanmewah

Nasi Arab ni ada pelbagai jenis contohnya nasi Mandy, Maqlouba, Kabsah, Bukhari, Huzaymah, Fatta dan lain-lain.

Paling famous nasi Arab Mandy lambshanklah.

Sejak PKP sampai sekarang, kalau sebut nasi Arab je orang teringat lambshank.

Kalau anda nak jual nasi Arab, bagi pilihan sekurang-kurangnya lauk ayam dan lambshank.

Nak jual nasi Arab jenis apa?

Saya cadangkan Nasi Arab Mandy.

Jangan kedekut letak kacang gajus dengan kismis. Harga satu set Nasi Arab Lambshank pun dah RM40 ke RM50 kan?

Jangan letak harga mahal sangat nanti orang tak nak beli.

Kalau anda ada ramai followers, mungkin takde masalah jual mahal tapi kalau orang masih belum kenal anda...

Fikir-fikirkanlah pasal harga tu ye?

Biar jual murah asalkan ada untung.

Satu set Nasi Arab Mandy Lambshank RM45 untuk tahun 2025 tak untung ke?


2. Nasi Kerabu

Gambar Nasi kerabu credit toTikTok : geraigrandma_pj 

Jangan pandang rendah nasi kerabu. Menu asal dari Pantai Timur ni ada banyak peminat dari seluruh Malaysia.

Kalau saya ke bazar, ada je orang mencari nasi kerabu.

Make nasi kabu cicoh budu selalu!


3. Ayam golek

Gambar ayam golek credit to TikTok : paksuayamgolek

Setiap kali bazar Ramadhan, saya suka tengok ayam sekor-sekor kena golek.

Bila dah tengok ayam tu bergolek-golek akhirnya duit dalam wallet saya pun bergolek-golek ke tangan peniaga ayam golek demi mendapatkan seekor ayam golek.

Apa yang menarik pasal ayam golek ni?

Selain rasa ayamnya sedap, sebagai tambahan ada kuah sebagai pencicah. Rasa pedas-pedas manis memang sedaplah.


4. Popia Basah

Gambar popia basah credit to TikTok : hooreypopiakuantan 

Ini di antara favorite food saya. Saya percaya popia basah juga adalah makanan kegemaran bagi kebanyakan orang yang singgah di bazar Ramadhan.

Kalau kuah atau sos dia sedap, makin berseleralah saya makan popia basah.


5. Murtabak

Gambar murtabak credit to TikTok : themurtabakjb 

Hari biasa pun ada je orang jual murtabak.

Walaupun boleh beli murtabak pada hari biasa tetapi di bulan Ramadhan, orang ramai tetap cari murtabak.

Murtabak yang sedap seperti biasa tak kedekut inti ayam atau daging dan ada kuah kari.

Sambal? Kalau ada kira  bonuslah tu.


6. Kebab

Gambar kebab credit to TikTok : kebab_larizz

Ini pun ramai yang mencari setiap tahun di bazar.

Kalau inti ayam atau daging tak kedekut, insha Allah dapat banyak repeat customer.

Ada tak orang jual kebab kambing di bazar?


7. Roti John

Gambar roti john credit to TikTok : arshataali

Roti john ayam ke daging?

Kalau saya, saya lebih suka roti john daging.

Setiap tahun mana-mana bazar saya pergi, biasanya mesti ada orang jual roti john.

Seperti biasa kalau tak kedekut inti ayam atau daging, orang teringat-ingat nak makan lagi.

Roti john yang sedap?

Cuba try roti john ayam atau daging campur cheese.


8. Sate

Gambar sate credit to TikTok : satekajanghj.samuri 

Terus-terang sate kambing kalau tak dibalut dengan kulit popia lebih sedap.

Saya makan sate kambing nak rasa terus kesedapan isi kambing bukan nak rasa kulit popia.

Sate ni bukan makanan 'rare', pada hari biasa pun ada je orang jual sate.

Saya perhatikan ramai juga orang beli sate di bazar. Saya sendiri pun pernah beli sate di bazar.

Saya lebih suka sate daging dengan kambing je. Kalau sate ayam, saya kurang berkenan.

Kalau anda nak jual sate di bazar, paling kurang kena ada pilihan sate ayam dan daging. Kalau ada sate kambing tu dikira bonus, boleh tarik perhatian lebih ramai penggemar sate.


9. Kek

Gambar kek credit to TikTok : skociantikbakeridankafe

Biar betul jual kek di bazar?

Kek pun ada permintaan di bazar terutama kek perisa coklat.

Letak kek pelbagai perisa, pelbagai warna.. fuh! Kalau budak-budak lalu terasa geram nak beli tu.

Mooncake pun dikira sebagai kek juga kan?

Jual mooncake halal inti kacang merah di bazar ya?


10. Kuih-muih

Gambar kuih-muih credit to TikTok : talamsribuloh

Ini boleh tarik perhatian orang-orang tua. Jual pelbagai jenis kuih contohnya kuih takung, kusoi, koci, apam gula merah, apam pisang, kuih lapis, donat, nagasari dan macam-macam jenis kuihlah.

Nagasari?

Saya cukup suka makan kuih nagasari tapi tak ramai yang jual di bazar. Mungkin pengunjung bazar tak suka makan kuih nagasari?

Kalau anda nak jual kuih tak semestinya mesti jual lebih 10 jenis. Anda boleh fokus jual satu atau dua jenis je.

Contohnya jual epok-epok. Goreng kat situ panas-panas, orang ramai geram nak beli asalkan jangan kedekut inti kentang atau sardin.

Bosanlah saya dengan kisah-kisah viral karipap inti angin je. Sebab itulah namanya karipap sebab tak sedap. Kalau sedap, inti tak kedekut barulah epok-epok!


Dah buat keputusan nak jual apa di bazar tahun 2025?

Kalau dah buat keputusan, baguslah. Sebenarnya anda boleh gabungkan idea contohnya gabungkan idea nombor 6 dan idea nombor 7.

Idea nombor 9 pun boleh digabungkan dengan nombor 10.

Walau apa jenis makanan yang anda nak jual di bazar, pastikan halal, bersih, sedap dan harga berpatutan.

Sebagai tambahan, ringankan mulut untuk cakap terima kasih kepada setiap pelanggan yang membeli dari anda.

Apa lagi ya?

Jangan tinggal solat walaupun sibuk berniaga di bazar nanti.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.