Kalau anda perlukan idea kerja sendiri yang boleh dilakukan secara online dan offline, sila baca content kali ini sampai habis.
![]() |
3 idea kerja sendiri |
Tunggu apa lagi? Jom baca!
1. Perniagaan Produk Fizikal
Online : Jual di Lazada, TikTok Shop atau website sendiri.
Offline : Jual di booth, kedai sendiri atau COD (cash on delivery).
Contoh:
- Makanan & minuman : Nasi lemak, nasi arab, kek, kopi, boba tea, ice blended, sambal, frozen food.
- Fesyen & aksesori : Tudung, jubah, telekung, baju Melayu, butang baju Melayu, kain samping, songkok.
- Produk kecantikan : Skincare, makeup, essential oil, serum, lip balm.
2. Content Creator
Online : Buat content di TikTok, YouTube atau blog.
Offline : Jual perkhidmatan berkaitan dengan content yang dibuat.
Contoh:
- DIY & Home Decor : Buat video DIY dan dekorasi sambil tawarkan servis dekorasi rumah.
- Fitness & Diet Coach : Kongsi tips diet atau senaman di media sosial sambil tawarkan sesi coaching.
- Food Promoter : buat video makan minum sambil tawarkan perkhidmatan promote kedai makan.
- Food Reviewer : buat video review makanan dan minuman serta tawarkan perkhidmatan menilai kualiti makanan/minuman secara jujur.
- Travel Guide : Buat Vlog perjalanan sambil tawarkan perkhidmatan jadi tour guide.
3. Perkhidmatan Digital
Online : Promote dan dapatkan pelanggan melalui media sosial atau website.
Offline : Lakukan servis secara fizikal.
Contoh:
- Fotografi & Videografi : Jual gambar/video secara online seperti di Hostinger, Shutterstock, Alamy, Adobe Stock sambil sediakan perkhidmatan ambil gambar untuk majlis kahwin dan event lain-lain.
- Design & Printing : Jual template design secara online di Etsy, Creative Market atau website sendiri dan sediakan perkhidmatan buat banner, poster, brochure dan seumpamanya.
- IT & Repair : Jana duit dengan buat banyak video tutorial di Youtube dan sediakan perkhidmatan baiki komputer, laptop, PS5 atau smartphone.
Penutup
Anda pilih idea yang mana satu?
Walau apa pun idea yang anda pilih, pastikan anda berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Semoga berjaya!
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.