Adakah anda setuju bahawa sihat lebih penting dari duit?
![]() |
Panas minyak urut ni. |
Anda rasa duit lebih penting dari sakit?
Apa guna duit banyak kalau sakit?
Kalau setakat sakit sikit seperti batuk atau demam tu takpelah.
Sakit yang saya maksudkan seperti lumpuh, kencing manis, darah tinggi, alzheimer, sakit buah pinggang, sakit jantung dan lain-lain lagi sakit yang dahsyat.
Sebagai contoh masa mula-mula kena sakit kencing manis memanglah masih boleh berjalan tapi kalau dibiarkan lama-lama nanti melarat. Sampai ada yang kakinya terpaksa dipotong.
Bila dah takde kaki baru terasa betapa nikmatnya ada kaki.
Sakit kencing manis ni bukannya hari ni makan benda manis esok terus dapat penyakit kencing manis. Ambil masa bertahun-tahun.
Kalau hari ni makan benda manis esok terus dapat sakit diabetes memang tak lakulah segala makanan dan minuman manis yang viral tu.
Selagi anda tak kena penyakit-penyakit yang memudaratkan, berjaga-jagalah.
Ada orang sanggup bayar beribu-ribu ringgit untuk dapatkan rawatan.
Kalau orang banyak duit takpelah tapi kalau orang yang tak banyak duit?
Masih terpaksa keluar duit juga untuk dapatkan rawatan.
Kalau anda sakit tenat tapi ada duit berlambak-lambak?
Dah terbaring sakit dan lemah, bukan boleh guna duit pun. Habis ke mana duit yang berlambak-lambak tu?
Habis untuk rawatan.
Habis untuk keluarga seperti isteri atau suami dan anak-anak.
Itu belum lagi masalah anak-anak bergaduh sebab berebut harta.
Mungkin suami atau isteri atau anak-anak anda sendiri mengharapkan anda cepat mati sebab tak sabar-sabar nak mewarisi kekayaan anda.
Masa sakit tenat ni tiba-tiba rasa duit tak berguna kan?
Hartanah, kenderaan mewah dan segala kekayaan yang anda ada selama ni jadi tak guna bila anda sakit tenat.
Itu masalah orang banyak duit.
Kalau orang tak banyak duit tapi sakit tenat yang terpaksa tanggung kos rawatan yang tinggi?
Ini lagi dahsyat. Dahlah takde harta, sakit tenat pulak.
Silap-silap ahli keluarga sendiri merungut sebab tak mampu nak tanggung kos rawatan yang tinggi.
Dahsyat kan akibat sakit tenat?
Walaupun ada banyak duit tapi tak dapat lagi nak rasa nikmat kekayaan bila dah sakit terbaring sepanjang masa.
Kalau duit sikit tapi tubuh badan sihat?
Boleh cari duit. Boleh bekerja atau berniaga.
Kalau dapat duit hasil bekerja atau berniaga, boleh merasa nikmat guna duit tu untuk beli makanan dan minuman sedap-sedap.
Boleh beli pakaian.
Boleh bayar bil air dan bil elektrik.
Dapat lagi banyak duit?
Boleh beli motor, kereta, rumah dan segala keperluan dan kehendak anda.
Seronok tak kalau tubuh badan masih sihat?
Saya faham ada orang sakit teruk sebab faktor usia.
Cara pemakanan pun boleh jadi faktor seseorang tu sakit.
Tak mustahil ada yang sakit sebab keturunan.
Jadi anda fikir sihat lebih penting dari duit?
Pada pendapat saya sihat lebih penting dari duit.
Kalau sihat boleh berusaha untuk cari duit, tambah pendapatan.
Masa tengah sihat ni, jaga-jaga.
Jaga makan dan minum anda.
Makan nasi lauk telur dan sayur. Dah cukup segala karbohidrat, protein dan vitamin.
Banyakkan minum air.
Air masak atau air mineral.
Jangan asyik makan dan minum yang manis-manis je.
Makanan tawar?
Contohnya makanan yang berasaskan tepung seperti roti dan biskut walaupun rasa tawar tapi ada gluten.
Gluten boleh meningkatkan kadar gula dalam darah. Kalau terlebih makan boleh kena diabetes.
Selain jaga makan dan minum, kena rajin bersenam.
Di antara senaman paling mudah ialah berjalan kaki.
Walaupun perut penuh sebab kenyang, anda masih boleh bersenam dengan cara berjalan kaki sahaja.
Cuba jalan kaki 10,000 langkah atau satu jam 40 minit sehari.
Lakukan setiap hari dan tengoklah sendiri hasilnya.
Hargailah kesihatan tubuh badan anda.
Di antara cara yang terbaik untuk sihat ialah berpuasa.
Ada orang buat intermittent fasting.
Cara intermittent fasting ialah makan pada waktu tengah hari dalam pukul 12 dan makan pada waktu malam sebelum pukul 8.
Kalau anda nak buat intermittent fasting, terpulang kepada anda.
Akan tetapi saya lebih suka puasa yang diajar oleh Rasulullah.
Sahur sebelum waktu Subuh dan berbuka pada waktu Maghrib.
Dapat sihat dapat pahala.
Dapat ganjaran dunia dan akhirat.
Sudah tentu ganjaran akhirat lebih baik dari ganjaran dunia.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.