Anda seorang peniaga tepi jalan atau baru nak berjinak-jinak berniaga di tepi jalan?
Kalau ya, content kali ini memang untuk anda.
![]() |
Guna TikToklah senang. |
Tanpa buang masa jom baca sampai habis.
Nak jadi pengguna TikTok ni senang je.
Mula-mula download je TikTok dan daftar.
Lepas tu, boleh upload video tengah berniaga contohnya waktu pagi berniaga sebelum, semasa dan selepas ada orang singgah beli sarapan.
Lagi bagus kalau dapat buat live TikTok.
Pastikan makanan sarapan yang dijual tu halal, bersih, sedap dan harga berpatutan.
Kalau kurang satu memang tak jadilah.
Saya ulang lagi sekali, makanan yang anda jual mesti halal, bersih, sedap dan harga berpatutan.
Terus-terang saya katakan dari dulu sampai sekarang, pembeli sarapan tepi jalan mengharapkan harga lebih murah dari restoran. Kalau harga mahal, baik dorang pergi restoran je. Boleh makan minum sambil santai berborak dengan kawan-kawan.
Cuba anda try makan di restoran yang berhampiran dengan anda. Kemudian tengok berapa harga makanan yang dijual?
Berapa harga nasi lemak?
Berapa harga soto?
Berapa harga nasi ayam penyet?
Sekiranya anda seorang peniaga tepi jalan, macam mana cara anda nak tarik perhatian pelanggan untuk singgah beli semua tu dari anda?
Cuba letak diri anda sebagai pelanggan.
Kalau peniaga tepi jalan jual harga sama mahal macam harga di restoran, anda rasa anda nak beli ke dari peniaga tepi jalan?
Cuba jawab dengan jujur.
Kalau saya?
Alang-alang harga dah mahal baik saya beli di restoran je.
Saya bukannya suruh peniaga tepi jalan jual nasi lemak harga murah sampai takde untung.
Jual harga murah tapi masih ada untunglah.
Baiklah di sini saya ingin kongsikan peniaga tepi jalan yang ada akaun TikTok.
![]() |
Ini akaun @nasilemakbungkus1.50 |
Lokasi peniaga nasi lemak RM1.50 ni berhadapan atau seberang jalan dengan Restoran Nasi Ayam Eija, Taman Senawang Indah, Seremban, Negeri Sembilan.
Ada yang jual nasi lemak sebungkus RM1.50 dan ada juga yang jual nasi lemak 50 sen.
Ada yang jual nasi lemak 50 sen pada tahun 2025?
Ini dia akaun TikTok peniaga nasi lemak 50 sen.
![]() |
Ini akaun @nl50official |
Bila jual nasi lemak murah memang ramailah yang membeli. Lebih menarik perhatian sampai Kiah Propa pun tolong promote nasi lemak 50 sen ni.
Dah tengok video tu?
Bukan main lagi Kiah Propa berceloteh nak promote nasi lemak 50 sen depan Super Seven, Hillpark, Puncak Alam, Selangor.
Ada yang beli nasi lemak 50 sen tu untuk makan sendiri dan ada juga yang beli banyak-banyak untuk infaq ke masjid, rumah anak yatim dan lain-lain.
Habis tu tak boleh ke jual nasi lemak RM3 atau RM4?
Boleh tapi kena berbaloilah dengan harganya.
Kalau jual nasi lemak 50 sen, orang tak kisah walaupun dapat telur dadar saiz simkad. Memang orang beli je banyak-banyak.
Akan tetapi kalau jual nasi lemak sebungkus RM3 tepi jalan, biasanya orang mula berkira-kira. Kalau telur rebus setengah biji orang dah mula tak puas hati. Kalau telur rebus sebiji tapi sambal sikit pun tak boleh juga.
Nasi lemak sebungkus RM3, orang mengharapkan "premium". Nasi lemak peroi, telur rebus sebiji, ada kacang dengan ikan bilis dan sambal lebih. Takde timun pun takpe asalkan nasi lemak sedap.
Kalau ikut pengalaman saya, sebelum PKP saya jual nasi lemak RM2. Ada telur sebiji, ada kacang, ikan bilis dan sambal secukupnya. Tapi disebabkan ada orang jual nasi lemak RM1 tak jauh dari tempat saya berniaga, orang pilih untuk beli nasi lemak RM1 je.
Salah peniaga nasi lemak RM1?
Takpe itu rezeki dia.
Sekarang pun saya dah tak berniaga tepi jalan lagi tapi pengalaman itu memang betul-betul bernilailah.
Bagaimana pula dengan anda yang baru berjinak-jinak nak berniaga di tepi jalan?
Kalau dah ada lokasi, buat live di TikTok setiap kali anda berniaga.
Harga nasi lemak yang anda nak jual tu terpulang kepada anda.
Kalau rasa nak orang ramai singgah beli banyak-banyak, jual je sebungkus 50 sen atau RM1 je.
Kalau nak bagi orang puas makan nasi lemak, boleh jual sebungkus RM3 atau lebih.
Jangan lupa rakam dan upload video di TikTok aktiviti perniagaan anda di tepi jalan.
Kalau berniaga di pasar malam, pasar tani atau bazar Ramadhan?
Tak lama lagi nak masuk bulan Ramadhan kan?
Boleh juga buat live di TikTok.
Tunjukkan aktiviti perniagaan anda secara live.
Mana tahu sementara nak tunggu orang singgah beli, boleh dapat gift dari TikTokers yang lain?
Haa.. rezeki tu.
Gunakan TikTok untuk promote perniagaan kecil anda di tepi jalan, pasar malam, pasar tani, bazar Ramadhan dan lain-lain tempat lagi.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.