Sedia maklum ada banyak orang kerjanya buat food review tapi bukan semuanya jujur. Kita nak yang jujur je.
![]() |
Review atau promo. |
Tapi masalahnya bukan semua orang buat food review secara jujur.
Ada orang buat food review positif sebab dibayar oleh pemilik restoran. Tak sedap pun kena kata sedap juga.
Kalau macam tu bukan review. Itu namanya promo.
Kalau buat promo, niatnya memang nak orang ramai singgah makan kat kedai makan dia.
Review ada positif dan ada negatif.
Kalau sedap katakan sedap.
Kalau tak sedap katakan tak sedap.
Kalau risau selera anda tak sama dengan selera orang yang tonton video review anda, katakan dengan sejujur-jujurnya.
Contohnya :
"Makanan/minuman ni tak kena dengan tekak saya tapi tak tahulah tekak orang lain macam mana."
Kalau boleh detailkan lagi rasa makanan atau minuman tu supaya penonton video food review anda lebih faham.
Contohnya :
"Nasi briani Restoran A ni memang peroi tapi lauk ayam masak merah dia manis sedangkan saya lebih suka rasa pedas-pedas manis."
Kalau anda cakap macam tu, bermakna anda telah jujur bagitahu citarasa anda ialah makanan yang pedas-pedas manis. Jadi, sesiapa yang suka makan lauk ayam masak merah rasa pedas-pedas manis dah boleh buat pilihan untuk cari kedai makan selain Restoran A.
Orang yang suka lauk ayam ayam masak merah rasa manis pula bolehlah singgah makan di Restoran A.
Jujur tak semestinya mesti kata tak sedap.
Anda perlu bagitahu rasa makanan tu sama ada terlebih manis ke, terlebih masin ke, kurang manis ke, kurang pedas ke, kuah kari cair ke, rasa tawar ke, daging liat ke dan lain-lain lagilah.
Saya faham citarasa setiap orang tu lain-lain.
Sebab itu penting untuk jelaskan rasa makanan atau minuman yang anda rasa kepada penonton video food review anda.
Contohnya saya tak suka air teh hijau tapi kalau ada Company B sanggup bayar untuk dapatkan review jujur dari saya, review saya seperti ini :
"Saya bukan penggemar green tea tapi kalau anda penggemar green tea, saya cadangkan anda rasa sendiri green tea dari Company B. Jangan kata tak sedap sebelum cuba okay?"
Saya secara jujur jelaskan saya tak suka minum air teh hijau tapi pada masa yang sama saya cadangkan penggemar-penggemar air teh hijau untuk cuba rasa dulu sebelum buat penilaian.
Baiklah itu hanya contoh sahaja. Memang takde syarikat nak bayar saya untuk buat review jujur makanan atau minuman yang tak kena dengan citarasa saya.
Biasanya pemilik perniagaan seperti produk makanan atau minuman memang nak produk dorang laris selaris-larisnya.
Sebab itulah ada di antara dorang gunakan perkhidmatan influencer untuk review promo produk dorang dengan serancak-rancaknya.
Dengan menggunakan perkataan "review" untuk tarik lebih banyak perhatian netizen sedangkan apa yang dorang buat ialah promo.
Apa beza review dengan promo?
Saya dah bagitahu awal-awal bahawa review adalah pendapat yang boleh jadi positif dan negatif. Review juga mengajak netizen untuk buat pertimbangan sama ada nak beli atau tak nak beli.
Promo pula, produk tu walaupun tak bagus tapi kena bagitahu bagus juga supaya orang lebih berminat untuk membeli.
Anda nak buat food review atau food promo?
Saya faham kebanyakan influencer sekarang akan kata 'food review' walaupun apa yang dorang buat tu ialah 'food promo'.
Dah kena bayar kan?
Kenalah bagitau segala-galanya sedap walaupun tak sedap.
Habis tu boleh tak kalau nak buat paid food review yang positif je?
Boleh tapi kena tengok keadaan kedai makan dan rasa dulu makanan dan minuman dia dulu.
Kalau makanan dan minuman yang dijual tu halal, bersih, sedap dan kedai makan dia pun bersih dan selesa, barulah setuju untuk terima bayaran buat positive food review.
Seandainya kedai makan dia kotor, suruh pemilik kedai makan tu jaga kebersihan dulu sebelum setuju buat positive food review.
Kalau rasa makanan dan minuman tak sedap, suruh dia buat sesuatu supaya makanan dan minuman yang dijual rasa sedap.
Jangan terima pemilik kedai makan yang kotor atau makanan/minuman yang tak sedap.
Kalau nak jadi influencer dalam bidang food review, pastikan anda buat dengan jujur. Barulah netizen seronok jadi pengikut anda.
Apa pendapat anda?
Kalau anda nak jadi influencer dalam niche food/drink, anda nak buat food review atau food promo je?
Kalau anda nak cari makanan/minuman sedap, anda lebih percaya orang buat food review atau food promo?
Terpulang kepada anda.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.