Adakah anda seorang 'cat lover'?
![]() |
Jaga kucing kena banyak bersabar. |
Kalau anda betul-betul sayang kucing dan sabar dengan kerenah kucing, anda kena baca topik blog kali ini sampai habis.
Pemilik kucing yang perlu keluar rumah beberapa hari seperti balik kampung, melancong, outstation dan seumpamanya terpaksa cari tempat yang selamat dan selesa untuk haiwan kesayangan dorang.
Perkhidmatan menjaga kucing di rumah sendiri menawarkan alternatif kepada hotel kucing.
Pelanggan boleh hantar kucing dorang ke rumah penjaga yang lebih selesa, kurang sesak dan lebih murah berbanding hotel kucing.
Apa Kelebihan Perkhidmatan Penjagaan Kucing di Rumah Sendiri?
1. Persekitaran yang Lebih Selesa dan Tenang.
Kucing tinggal dalam rumah yang lebih santai berbanding hotel kucing yang bising sebab ada banyak kucing.
2. Perhatian Lebih Kepada Setiap Kucing
Jumlah kucing yang dijaga lebih sedikit, membolehkan lebih perhatian diberikan kepada setiap kucing.
3. Kos Lebih Rendah Berbanding Hotel Kucing
Jimat kos yang tinggi seperti sewa tempat dan upah pekerja. Boleh letak harga perkhidmatan jaga kucing pada harga yang lebih rendah.
Berjenaan harga perkhidmatan jaga kucing, anda kena tengok harga hotel kucing yang berhampiran dengan anda.
Jangan letak sama harga macam hotel kucing sebab dorang terpaksa bayar sewa kedai, upah pekerja dan kos-kos lain yang mungkin kita tak tahu.
Letak harga yang lebih rendah supaya dapat tarik perhatian pemilik kucing untuk dapatkan perkhidmatan anda.
Harga rendah tapi biar berbaloi.
Kalau harga standard hotel kucing berhampiran anda jaga seekor RM30, anda boleh letak harga jaga seekor RM20.
Itu harga contoh je. Nanti anda sendiri letaklah harga ikut kehendak anda.
4. Mengurangkan Risiko Penyakit Berjangkit
Dengan jumlah kucing yang lebih terkawal, risiko jangkitan dari kucing lain dapat dikurangkan.
5. Lebih Mudah Nak Update Keadaan Kucing
Gambar dan video boleh dihantar untuk memastikan pelanggan bahawa kucing dorang dalam keadaan baik.
Jumlah kucing yang dijaga tak terlalu banyak jadi lebih senang nak update info pasal kucing-kucing dorang melalui gambar dan video.
Kekurangan Perkhidmatan Penjagaan Kucing di Rumah Sendiri
1. Terhad kepada Jumlah Kucing yang Boleh Diterima
Rumah penjaga mungkin tidak cukup besar untuk menampung terlalu banyak kucing pada satu masa.
Walaupun mendapat permintaan yang tinggi tapi tetap tak dapat jaga kucing banyak-banyak walaupun jaga lebih banyak kucing bermakna lebih banyak untung.
2. Masalah Kucing Di Persekitaran Baru
Sesetengah kucing mungkin mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan tempat baru.
Walaupun dah sediakan tempat yang bersih dan selesa tapi kucing ni ada kerenahnya yang tersendiri.
Bila kucing rasa tak selesa nanti mulalah sibuk nak "tanda kawasan" sana sini dalam rumah.
Tak pasal-pasal kuat bau hancing dalam rumah.
3. Memerlukan Persiapan dan Peralatan yang Sesuai
Walaupun anda sediakan perkhidmatan jaga kucing di rumah, itu tak bermakna anda tak perlu sediakan ruang khas untuk kucing.
Selain itu anda perlu bekalkan makanan, litter box dan mainan untuk keselesaan kucing.
Ada sesetengah kucing cerewet pasal makanan.
Tak bagi makan nanti kucing sakit lemah tak berdaya pulak.
4. Risiko Konflik Antara Kucing
Jika menerima lebih daripada satu ekor kucing dalam satu masa, mungkin berlaku pergaduhan jika tidak dikendalikan dengan baik.
Kalau kucing bergaduh nanti luka pulak.
Nak jawab apa dengan pemilik kucing nanti?
"Biasalah kucing jantan luka sebab suka bergaduh!"
Kalau jawab macam tu depan saya, memang cari gaduhlah.
Penyelesaian Masalah
1. Hadkan Jumlah Kucing yang Diterima
Tentukan had kucing yang boleh dijaga dalam satu masa untuk memastikan persekitaran sentiasa selesa.
Contohnya maksimum jaga kucing 7 ekor sahaja.
2. Sesi Pengenalan untuk Kucing Baru
Jika menerima lebih dari satu kucing, pastikan kucing-kucing tersebut perlahan-lahan diperkenalkan antara satu sama lain untuk mengelakkan konflik.
Perkenalkanlah kucing-kucing tu.
Contohnya Oyen dengan Tompok, Mellona dengan Malina dan lain-lain.
Sebut nama-nama kucing tu.
Nasihatkan kucing-kucong tu jangan bergaduh supaya tak ada yang luka.
Nanti fahamlah kucing-kucing tu.
Ingat kucing tak faham bahasa ke?
3. Sediakan Ruang yang Sesuai untuk Kucing
Pastikan ada kawasan khas untuk kucing bermain, berehat dan makan secara berasingan jika perlu.
4. Kenali Keperluan dan Perangai Setiap Kucing
Minta maklumat dari pemilik tentang tabiat, diet, dan keperluan kesihatan sebelum menerima kucing dorang.
Kalau kucing dorang hanya boleh makan kibbles atau wetfood yang mahal, minta dorang bayar lebih atau suruh dorang bagi makanan mahal kucing dorang pada anda.
Nanti tahulah anda sendiri nak bagi kucing dorang makan.
5. Jangan Janjikan Perkhidmatan Yang Tak Mampu Dibuat
Contohnya kalau anda tak pandai buat 'lion cut', awal-awal bagitau tak pandai buat.
Kalau anda tak pandai mandikan kucing atau grooming, awal-awal bagitau tak pandai mandikan dan grooming kucing.
Sesetengah kucing ni betul-betul garang jadi memang susahlah nak mandikan dia.
Bukan semua orang boleh berdepan dengan kucing garang.
Kesimpulan
Menawarkan perkhidmatan menjaga kucing di rumah sendiri adalah satu pilihan yang menarik bagi mereka yang mencintai kucing dan ingin menjana pendapatan sampingan atau tetap.
Walaupun terdapat cabaran, dengan perancangan yang baik, ruang yang sesuai dan perkhidmatan yang berkualiti, bisnes ini boleh berkembang dengan baik.
Paling penting, pastikan setiap kucing menerima penjagaan terbaik supaya pelanggan lebih berminat untuk gunakan perkhidmatan anda berulangkali pada masa akan datang.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.