Sunday, March 9, 2025

Cara Buat Duit Melalui Twitch

Adakah anda tahu melalui Twitch pun anda boleh dapat duit?

Buat duit melalui Twitch.

Apa itu Twitch?

Twitch ialah platform penstriman langsung yang popular terutama dalam komuniti gaming, e-sukan dan hiburan interaktif. Ia membolehkan pengguna menonton atau menyiarkan siaran langsung permainan video, 'Just Chatting', muzik dan banyak lagi.

Twitch juga menawarkan peluang menjana pendapatan melalui subscriptions, Bits, donations, sponsorships dan affilliate links.

Platform ini terkenal dengan interaksi langsung antara streamer dan penonton melalui chat. Ia dimiliki oleh Amazon dan menjadi salah satu tempat utama untuk streamer profesional dan content creator membina komuniti serta berkongsi minat mereka secara 'real-time'.


Betul ke boleh buat duit di Twitch?

Ya, Twitch adalah satu platform yang bagus untuk menjana duit terutama bagi mereka yang suka streaming permainan video, podcast atau kandungan interaktif lain. Twitch menawarkan beberapa cara untuk memperoleh pendapatan.


Program Twitch Affiliate & Partner

Untuk mula menjana wang di Twitch, anda perlu menyertai salah satu daripada dua program berikut:

Twitch Affiliate (Lebih mudah untuk layak)

Syarat:

  • 50 followers
  • 8 jam streaming dalam sebulan
  • 7 hari streaming dalam sebulan
  • Minimum 3 penonton setiap streaming

Twitch Partner (Lebih eksklusif, memerlukan engagement tinggi)

  • Untuk mereka yang sudah popular dan mempunyai penonton tetap yang ramai.

Selepas menjadi Affiliate atau Partner, anda boleh mula menjana pendapatan melalui beberapa cara.


Sumber Pendapatan di Twitch

a) Subscription (Langganan Berbayar)

Penonton boleh melanggan channel anda dengan pelan berbayar (USD):

  • Tier 1: $4.99
  • Tier 2: $9.99
  • Tier 3: $24.99

Sebagai streamer, anda akan mendapat 50% daripada bayaran langganan manakala Twitch mengambil selebihnya. Jika anda seorang Partner, anda boleh mendapat peratusan yang lebih tinggi.

b) Bits & Cheers

  • Penonton boleh membeli Bits dan menggunakannya untuk memberi "Cheers" semasa live.
  • 100 Bits bersamaan dengan $1 USD untuk streamer.
  • Ia seperti ‘tips’ daripada penonton yang menyukai kandungan anda.

c) Iklan (Ads Revenue)

  • Streamer boleh menjalankan iklan semasa live stream.
  • Bayaran bergantung pada jumlah tontonan dan lokasi penonton.
  • Biasanya tidak setinggi YouTube tetapi boleh menjadi sumber pendapatan tambahan.

d) Sumbangan Langsung (Donations)

  • Anda boleh menerima sumbangan langsung melalui PayPal atau platform seperti Streamlabs & Patreon.
  • Tidak seperti Bits, Twitch tidak mengambil komisen daripada sumbangan luar.

e) Tajaan & Kerjasama dengan Jenama

  • Jika anda mempunyai pengikut yang ramai, anda boleh dapat tajaan untuk video stream anda.
  • Contoh: Menunjukkan produk mereka dalam stream, memakai merchandise jenama mereka atau menggunakan peralatan tertentu dari pihak penaja.

f) Affiliate Marketing & Merchandise

  • Letakkan link affiliate dalam bio atau chat untuk menjual produk gaming atau teknologi.
  • Jual merchandise sendiri seperti baju, hoodie dan aksesori kepada peminat anda.


Apakah niche yang sesuai untuk buat duit di Twitch?

Jika anda ingin menjadi streamer di Twitch, memilih niche yang sesuai adalah penting untuk menarik penonton dan membina komuniti yang setia. 

Berikut adalah beberapa niche terbaik di Twitch yang boleh anda cuba :

1. Gaming (Permainan Video) 🎮

Gaming adalah niche paling popular di Twitch tetapi persaingannya tinggi. Pilih kategori yang sesuai dengan gaya permainan anda:

Popular & Kompetitif

  • Contoh : Valorant, Pokemon Unite, Counter-Strike 2, Fortnite.
  • Lebih baik jika anda berbakat dalam permainan dan boleh buat gameplay berkualiti tinggi.

Game Story-Driven & Open-World

  • Contoh : Elden Ring, Red Dead Redemption 2, Minecraft, GTA 6.
  • Sesuai jika anda suka bagi reaksi kepada cerita dan berinteraksi dengan penonton.

Retro & Nostalgia Gaming

  • Contoh : Super Mario, Zelda, Islander, Metal Slug.
  • Untuk menarik peminat game lama yang masih setia dengan klasik.

Speedrunning & Challenge Runs

  • Streamer cuba tamatkan game secepat mungkin atau dengan cara unik.
  • Contoh : "Zelda Speedrun Record Attempt" atau "Resident Evil 4 Remake No Damage"

Indie Games & Early Access

  • Main game yang masih baru di pasaran supaya lebih mudah untuk menarik penonton baru.

2. Just Chatting (Sembang Santai) 💬

Jika anda suka bercakap dan berinteraksi dengan audiens, niche ini sangat sesuai.
✅ Buat sesi Q&A, bincang topik-topik trending atau sekadar borak santai.
✅ Banyak streamer menggunakan kategori ini untuk membina komuniti sebelum berkembang ke niche lain.


3. IRL (In Real Life) Streaming 📹

✅ Travel & Outdoor – Vlog sambil berjalan-jalan, makan-makan atau tunjuk tempat menarik.
✅ Workout & Fitness – Kongsi tips kesihatan, senaman harian atau cabaran kecergasan.
✅ Cooking & Food Streams – Tunjuk cara memasak atau review makanan secara live.


4. ASMR & Relaxing Content 🎧

✅ ASMR Roleplay – Gunakan mikrofon binaural untuk menghasilkan bunyi yang menenangkan.
✅ Study With Me – Siaran ‘Pomodoro’ di mana anda belajar sambil menggalakkan penonton untuk turut serta belajar.
✅ Music & Lo-Fi Streaming – Main alat muzik atau cipta suasana relaks dengan muzik lo-fi.


5. Creative & Education 📚

✅ Drawing & Digital Art – Stream proses melukis menggunakan Photoshop, Procreate dan lain-lain.
✅ Coding & Tech – Tunjuk cara membina website, game development atau hackathon.
✅ Language Learning – Stream sesi belajar bahasa Melayu, Arab, Jepun, Korea dan lain-lain.
✅ Stock Market – Bincang trend pelaburan dan kewangan.


6. Roleplaying & Storytelling 🎭

✅ GTA V Roleplay – Antara kategori paling popular di Twitch buat masa ini, sesuai jika anda suka lakonan dan storytelling.
✅ Dungeons & Dragons (D&D) – Buat sesi tabletop RPG dengan penonton.
✅ Interactive Story Games – Main game yang melibatkan keputusan pemain (contoh: The Walking Dead, Detroit : Become Human, Disco Elysium The Final Cut).


7. Horror & Paranormal 👻

✅ Main game seram seperti Phasmophobia, Silent Hill 2 Remake, Amnesia : The Dark Descent.
✅ Kongsi cerita seram seperti baca kisah misteri, reaksi anda terhadap video seram, pengalaman seram yang anda pernah lalui.
✅ Pergi ke rumah atau mana-mana bangunan kosong yang terbiar bertahun-tahun lamanya pada waktu tengah malam (kalau anda berani).



Tips untuk Berjaya di Twitch

✅ Stream secara konsisten – Pastikan anda ada jadual tetap supaya penonton tahu bila anda akan live.
✅ Interaksi dengan penonton – Balas komen, buat poll atau main game bersama mereka.
✅ Gunakan overlay & alerts – Jadikan stream anda lebih menarik dan profesional.
✅ Promosikan di media sosial – Gunakan TikTok, X dan YouTube Shorts untuk menarik lebih ramai penonton.
✅ Main game atau buat kandungan yang trending – Pilih niche yang popular tetapi kurang persaingan.


Kesimpulan

Twitch boleh menjadi platform yang sangat menguntungkan jika anda komited, kreatif dan berinteraksi dengan komuniti. 

Anda berminat untuk menjadi streamer di Twitch atau sudah ada akaun di Twitch? Kongsikan pengalaman anda!

Kalau berniaga tepi jalan atau dalam perjalanan balik kampung, mungkin boleh buat live di Twitch?

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.